PRK Pmtg Pauh: Calon PRM Timbul Kembali Selepas Menghilang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Selepas genap seminggu ‘menghilangkan’ diri, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman akhirnya muncul dan sedia memeriahkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Berbaki lima hari sebelum proses pengundian diadakan pada 7 Mei ini, Azman Shah berkata beliau kini sedia untuk berhadapan dengan pengundi Permatang Pauh bagi menjelaskan mengenai cita-cita dan perjuangannya.

Malah Azman juga secara terbuka mengakui bahawa PRM yang mempunyai keanggotaan masyarakat berbilang kaum menyokong pelaksanaan hudud di negara ini.

"Ya, kami menyokong hudud. Saya sendiri menyokong hukum Allah itu dilaksanakan. Tapi kami mahu PAS dan kerajaan perjelaskan mengenai bagaimana ia mahu dilaksanakan.

"Beri penerangan dengan jelas supaya semua rakyat faham mengenai hudud, jangan politikkan perkara ini," katanya ketika ditemui mStar Online di sini, Sabtu.

Ditanya sama ada pendirian menyokong hudud dibuat bagi meraih sokongn pengundi PAS, Azman Shah yang baharu menyertai PRM pada 9 April lalu bagaimanapun menafikannya.

"Ini tak ada kena mengena dengan PAS atau PKR. Ini pendirian parti serta saya sendiri secara peribadi. Ini bukan hukum main-main.

"Menolak hudud bermakna kita menolak hukum Allah," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada beliau yakin untuk menang dalam PRK kali ini, ahli perniagaan yang mengakui berasal dari Permatang Pauh itu optimis dapat meraih seramai mungkin pengundi untuk menyokongnya.

"InsyaAllah kita boleh capai kejayaan. Rakyat memang perlukan perubahan. Malah saya yakin akan dapat sokongan sekurang-kurangnya tidak hilang wang pertaruhan," katanya.

Terdahulu pada sidang media pertamanya pada Sabtu, Azman Shah berhasrat untuk menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta merancang pelan tindakan memerangi jenayah.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan