AMK Enggan Mohon Maaf Kepada PAS, Kenyataan Bersifat Peribadi - Berita Semasa | mStar

AMK Enggan Mohon Maaf Kepada PAS, Kenyataan Bersifat Peribadi

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 7:09 PM

Nik Nazmi Nik Ahmad

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat enggan bertanggungjawab dalam isu gesaan permohonan maaf Pemuda PAS Pulau Pinang berhuhung isu pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.

Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan penghinaan terhadap PAS yang mengguris perasaan ahli parti sekutu pakatan pembangkang itu adalah bersifat peribadi.

"Itu kena tanya pada orang berkenaan, sebab itu bukan kenyataan rasmi AMK. Kenyataan itu bukan dibuat atas nama AMK," katanya pada sidang media bersama kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat di Kampung Pelet di sini, Sabtu petang.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda DAP, Ng Wei Aik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Pemuda PAS Pulau Pinang yang bertegas menuntut permohonan maaf ekoran kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin yang menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung hudud.

Isu berkenaan menjadi polemik dua sekutu pakatan pembangkang itu apabila kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil keputusan untuk memboikot kempen PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun kedua-dua entiti berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk membuat 'pusingan U' dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut mengenai kesan mengenai isu yang dibangkitkan Pemuda PAS terhadap kempen PRK Permatang Pauh, Nik Nazmi berkata semua pihak kini meletakkan sasaran untuk memenangkan calon PKR sebagai matlamat utama.

"Hari ini kami semua ada, bersama dengan juga ada saudara Suhaizan. Kita buat kerja bersama fokus untuk menangkan calon Pakatan sama ada di Permatang Pauh atau di Rompin.

"Jadi kita move forward. Kita bergerak ke depan. Saya turun ke bawah...saya tak nampak isu itu, respon akar umbi PAS dan juga DAP sangat positif. Kita teruskan kerja kita," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan