Pasar Raya Terkenal Bakal Didakwa Bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 8:36 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya terkenal bakal menjadi premis pertama dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menaikkan harga kacang bendi melebihi 50 peratus, empat bulan lepas.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pasar raya yang terletak di Bangi itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 14(1) akta berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya mengesan kenaikan harga sayur tersebut hasil aduan orang ramai dan mendapati pemilik pasar raya itu telah menaikkan harga sayur berkenaan pada sekitar Januari lepas. 

Beliau berkata, dakwaan tersebut dibuat hasil pemeriksaan lanjut yang menunjukkan harga sayur berkenaan telah dinaikkan daripada RM12 sekilogram iaitu harga pasaran yang ditetapkan kepada RM18.60.

"Pemilik pasar raya tersebut akan didakwa pada Selasa ini kerana mengaut keuntungan sebanyak RM6.60 iaitu melebihi margin sepatutnya," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurutnya, jika sabit kesalahan pemilik premis boleh didenda mengikut Seksyen 18(a) akta sama iaitu didenda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama atau tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan kedua.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan