PAS Kawasan Bagan Mahu Rosakkan Sekurang-Kurangnya 10,000 Undi PKR - Berita Semasa | mStar

PAS Kawasan Bagan Mahu Rosakkan Sekurang-Kurangnya 10,000 Undi PKR

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: PAS kawasan Bagan mengadakan protes pada Jumaat berikrar merosakkan sekurang-kurangnya 10,000 undi terhadap PKR pada PRK Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Azmi Jaafar berkata terdapat lebih daripada 10,000 penyokong PAS di kawasan itu.

Azmi berkata mereka tidak akan mengundi untuk orang yang biadab dan tidak menghormati presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mereka (PKR dan DAP) telah menghina agama kita dan tidak menyokong undang-undang hudud di Parlimen," kata Azmi.

Beliau berkata kepada pemberita yang berkumpul di Masjid Batu Kampung Pertama selepas solat Jumaat di sini bahawa piket itu sebagai pengajaran bagi PKR dan DAP.

Tags / Kata Kunci: PAS Kawasan Bagan , Azmi Jaafar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan