PRK Rompin: Pengusaha Kedai Dobi Sibuk Seperti Calon Bertanding

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Bukan sahaja restoran yang menawarkan menu udang galah sentiasa dipenuhi pelanggan, tetapi kedai dobi di sekitar kawasan ini turut menerima tempias kesibukan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin apabila mendapat permintaan luar biasa.

Keadaan itu menyebabkan segelintir pengusaha dobi tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Salah seorang pekerja di De Suria Dobi, Fauziah Abbas, 46, berkata, permintaan terutamanya daripada orang di luar Rompin meningkat dua kali ganda sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

"Banyak pakaian yang diterima, lebih dua kali ganda daripada hari-hari biasa. Ia berlaku sejak sebelum hari penamaan calon lagi," katanya.

Menurut Fauziah, permintaan yang tinggi menyebabkan proses untuk menyiapkan cucian dalam tempoh 24 jam tidak dapat dipenuhi.

"Sebelum ini proses cucian kalau hantar hari ini, esok dah boleh ambil tapi sekarang tak sempat. Pelanggan terpaksa tunggu hingga tiga hari.

"Ada yang kami terpaksa tolak. Kami juga beri pelanggan pilihan sama ada ambil lambat atau kami basuh sahaja dan pelanggan keringkan sendiri pakaian tersebut," katanya.

Jelas Fauziah, sepanjang PRK ini waktu operasi kedai dobi tersebut yang dibuka pada pukul 8.30 pagi akan dilanjutkan sehingga 7 malam.

"Waktu operasi biasa kami adalah 8.30 hingga 6 petang tapi kami lanjutkan sehingga 7 malam sempena PRK ini," katanya.

Sementara itu, Norfalizar Mahusain, pemilik Kak Cha Dobi di sini berkata beliau terpaksa meminta anaknya membantu tiga pekerja di kedai dobi berikutan permintaan yang terlalu tinggi.

"Permintaan meningkat sehingga tiga atau empat kali ganda berbanding hari biasa. Alhamdulillah... PRK ini memberi rezeki lebih kepada kami," katanya.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter terhempas di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan Nazri Ahmad mewakili PAS pada 5 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: Rompin , Dobi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan