Lebih Banyak Gumpalan Tar Ditemui Di Pantai Pulau Perhentian

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lebih banyak gumpalan tar ditemui terdampar di sepanjang pantai pantai Pulau Perhentian.

Ini berikutan kejadian pada Khamis di mana gumpalan tar sama ditemui di pantai Pulau Lang Tengah yang terletak berhampiran Pulau Perhentian.

Sukarelawan Perhentian Island Ecoteer, Long Seh Ling, 31 berkata, dia ternampak gumpalan tar pada malam Rabu semasa membuat rondaan di sekitar pulau itu yang menjadi sebahagian daripada projek pemuliharaan penyu dengan Jabatan Perikanan di sana.

"Kami melihat gumpalan tar di kawasan pantai dua malam lalu ketika membuat rondaan tetapi tidak dapat mengambilnya kerana tidak membawa beg plastik," kata Long pada Jumaat.

Dia berkata apabila pasukannya kembali pada keesokan harinya, ketika matahari sudah terbit, ia telah cair ke dalam pasir.

Long bersama-sama dengan lebih kurang 15 sukarelawan lain sedang merancang untuk melakukan pembersihan pada waktu malam kerana ia lebih mudah.

Ini kerana, mereka mengharapkan ia bergumpal pada waktu malam.

"Ia sangat banyak dan seolah-olah dapat ditemui di mana-mana pantai di Pulau Perhentian sekarang," kata Long.

Katanya mereka merancang untuk mengambil gumpalan tar tersebut dan meletakkannya di dalam beg plastik untuk dihantar kembali ke tanah besar dengan bot.

Long berkata dia telah menghantar e-mel kepada pihak pengurusan taman laut meminta pihak pengurusan menyiasat dari mana datangnya gumpalan tar itu.

Ada kemungkinan ia datang dari sebuah kapal yang besar.

"Pengurusan taman marin menjawab bahawa mereka akan meneliti perkara itu tetapi berkata bidang kuasa mereka hanya dalam jarak 2 batu nautika dari pulau itu dan mereka akan menyerahkannya kepada Jabatan Laut Malaysia," katanya.

Tags / Kata Kunci: bola-bola tar , Pulau Perhentian

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan