Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar - PM

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 5:08 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar.

Tegas perdana menteri, hanya menteri berkenaan iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya, Jumaat.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April.

Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini (1 Mei) ditangguh selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan pada Rabu bahawa isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan CBP.

Jelas Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra-CBP itu agak mustahil untuk dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.

Sementara itu, Ahmad Shabery di laman Twitter kemudiannya berkata beliau akan bertemu dengan semua pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik berkaitan isu kad tambah nilai prabayar.


"@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dengan semua pihak untuk dapatkan yang terbaik bagi rakyat dan negara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan