Tun M Tak Akan Bercakap Di Rompin, Tiada Acara Dirancang

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 4:52 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bercakap di mana-mana acara di Bukit Ibam menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Pada Khamis, pentadbir blog chedet.cc berkata poster mengenai ceramah yang dikatakan akan diadakan pada Sabtu ini telah dibawa kepada perhatiannya, namun menjelaskan bahawa tiada acara seperti itu telah dirancang.

Bukit Ibam terletak di kawasan Rompin di mana PRK akan diadakan pada 5 Mei.

Kerusi Parlimen Rompin kosong selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter bersama-sama dengan lima yang lain pada 4 April berhampiran Semenyih.

Beliau telah memegang kerusi itu selama 23 tahun.

Pada pilihan raya umum 2013, Jamaluddin mengekalkan kerusi itu dengan menewaskan bekas Ketua Wanita PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Kawasan ini mempunyai 53,294 pengundi berdaftar, yang terdiri daripada 52,744 pengundi biasa, 545 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan