Universiti Diminta Pastikan Graduan Fasih B. Inggeris - TPM

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 8:09 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal menamatkan pengajian mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik sebelum memasuki pasaran pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting ketika ini dan banyak pihak terutama majikan di sektor swasta yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penguasaan bahasa itu di kalangan graduan.

"Ramai graduan bila menulis, boleh buat dengan baik tetapi bila bercakap ada kekurangan. Lepasan universiti bila temuduga terutama dengan swasta gagal menjawab soalan dengan baik," katanya dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Institusi Pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di sini Khamis.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata oleh itu pihak universiti perlu mengadakan ujian untuk graduan supaya mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik selain Bahasa Melayu.

"Sebelum keluar universiti dalam kelulusan bidang masing-masing, perlu ada penguatkuasaan yang kuat dalam Bahasa Inggeris. Mereka dah belajar Bahasa Inggeris tak berhenti sejak sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian universiti.

"Kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik perlu untuk tujuan kebolehpasaran. Kita tak nak ada graduan menganggur kerana tidak boleh kuasai bahasa Inggeris," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan terus menjadikan aspek pembangunan pendidikan sebagai keutamaan dalam memajukan negara ini.
Katanya sejak negara mencapai kemerdekaan, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjadikan pendidikan sebagai cara untuk menangani masalah kemiskinan dan ia terbukti cukup berjaya.

Beliau berkata strategi itu terbukti tepat apabila paras kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia yang lebih 60 peratus sewaktu negara merdeka, kini turun ke paras yang sangat kecil dalam tempoh 57 tahun.

"Waktu negara mula-mula merdeka, sebahagian besar rakyat negara ketika itu tidak mendapat peluang pendidikan yang mencukupi. Selepas merdeka kita cari cara atasi kemiskinan dengan antaranya membekalkan anak bangsa dengan ilmu pengetahuan supaya mereka dapat keluar daripada lingkungan kemiskinan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai usaha dijalankan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk melonjakkan sektor pendidikan agar setanding dengan negara-negara maju.

Muhyiddin berkata kerajaan juga telah menjalankan usaha supaya bidang Sains dan Teknologi menjadi bidang yang diberi keutamaan supaya lebih ramai  pelajar menyertainya.

"Ia berkait dengan produktivti dan kemahiran. Di peringkat kementerian, dalam tahun-tahun akan datang kita akan bina kemudahan pendidikan vokasional untuk menjadikan bidang ini menarik seperti bekerjasama dengan industri," katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Awang Sariyan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan