PRM Restu Pencalonan Azman Shah

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 12:34 AM

Azman Shah (dua dari kiri) bersama tiga lagi calon lain yang disahkan bertanding dalam PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Keraguan pencalonan Azman Shah Othman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akhirnya terungkai apabila disahkan mendapat restu Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong berkata, Azman Shah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan pusat untuk bertanding di kerusi panas berkenaan pada 7 Mei ini.

Pengesahan itu sekaligus menolak kenyataan kontroversi oleh Datuk Gary Nair yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi PRM Pulau Pinang.

“Azman Shah adalah calon PRM yang direstui oleh Parti Rakyat Malaysia. Pencalonannya dicadangkan dan disokong PRM Zon Utara.

“(Tindakan) Nair yang mengeluarkan kenyataan atas nama  Ketua PRM negeri Pulau Pinang adalah tidak tepat sama sekali,” kata Yong menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini Nair dilaporkan mendakwa Azman Shah sebagai pelawak dan menggesa beliau menarik diri daripada bertanding kerana didakwa bukan ahli PRM.

Mengulas lanjut mengenai kekeliruan ini, Yong memberitahu bahawa Kongres Nasional PRM ke-46 yang diadakan pada 8 November tahun lalu memutuskan untuk mengadakan penstrukturan parti.

Oleh itu katanya, pentadbiran PRM kini dipusatkan kepada zon tertentu dan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis diletakkan di dalam Zon Utara.

“Jadi jawatan ketua negeri tidak wujud lagi. Nair hadir dalam Kongres Nasional PRM ke-46 dan turut terlibat dalam perbahasan dan pengundian usul penstrukturan Parti yang diluluskan.

"Nair bukan lagi Ketua PRM Pulau Pinang dan meletak jawatan sebagai AJK Ranting PRM di Pulau Pinang pada November 2014. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkannya hanya pandangan seorang anggota biasa PRM dan bukan pandangan dan pendirian PRM,” katanya.

Pada 2003, PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun beberapa ahli PRM memutuskan untuk kekal dalam parti tersebut dan pada tahun 2005 telah melantik sebuah jawatankuasa eksekutif.

Parti berkenaan dengan logo kepala lembu jantan itu mempunyai kira-kira 3,000 ahli di seluruh negara dan mengisytiharkan dirinya sebagai parti mesra Pakatan Rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan