Pendapatan Tinggi Bukan Ukuran Negara Maju - Dr M

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 7:37 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap di hadapan lebih 2,000 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) pada forum 'Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M', di Pulau Pinang, Khamis. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tafsiran tentang negara maju perlu dijelaskan kerana ia bukan bermaksud pendapatan tinggi tetapi kecanggihan industri, falsafah dan kecekapan rakyatnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tafsiran negara maju kini lebih tertumpu kepada pendapatan per kapita yang tinggi dan pandangan itu adalah tidak betul kerana mendapat gaji yang tinggi tidak menjadikan negara maju.

"Tafsiran negara maju perlu dijelaskan kerana ia bukan sahaja pendapatan tinggi tetapi bidang yang maju, menjadi negara industri yang canggih dan mempunyai rakyat yang terpelajar," katanya kepada lebih 2,000 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) pada forum 'Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M', di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata jika mengukur kemajuan dengan pendapatan semata-mata maka negara yang maju ialah Arab Saudi dan Brunei kerana pendapatan per kapita mereka begitu tinggi.

Katanya pendapatan per kapita di Malaysia dalam US$12,000 yang belum mencukupi untuk sampai ke tahap negara maju, sambil menambah pendapatan yang tinggi akan menjadikan kos hidup meningkat.

Dr Mahathir berkata tidak dapat dinafikan Malaysia mempunyai dasar pendidikan yang agak terbaik kerana 25 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada sektor itu berbanding hanya tiga peratus yang disalurkan di negara lain.

Katanya dasar pendidikan di Malaysia dari segi perbelanjaan memang tepat dan baik kerana hasilnya dapat dilihat dengan lahirnya ramai siswazah profesional seperti doktor.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berpendapat ada kekurangan dalam pendidikan umpamanya pelajaran Sains dan Matematik patut diajar dalam bahasa Inggeris kerana ilmu itu berubah mengikut aliran masa.

"Sains ini tiap hari ada penemuan baharu yang perlu kita tahu dan kita tak dapat kejar sains ini dalam bahasa Melayu. Bukan saya tak sayang kepada bahasa saya tetapi bila kita belajar ia bukan tumpu kepada pelajaran bahasa sahaja, ia tertumpu kepada penguasaan ilmu," katanya.

Beliau berkata penyemaian nilai hidup yang mulia dalam kalangan anak-anak juga perlu supaya seseorang itu menjadi bertanggungjawab dan tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat.

Dr Mahathir turut menasihati para siswazah supaya melengkapi diri dengan segala kebolehan ilmu dan kecekapan untuk menghadapi cabaran bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.

"Keadaan di seluruh dunia meruncing, di mana-mana tempat ekonomi merosot.Untuk ini kita perlu menentukan kita mempunyai kebolehan menghadapi cabaran ini.
Jadi apabila kita berpeluang mendapat pelajaran maka perlu beri tumpuan dan bersungguh-sungguh.

"Tujuan memiliki ilmu kerana ia memberi kekuatan kepada kita mengejar apa yang ada di hadapan kita. Jadi kita kena tumpu sepenuh masa dan tenaga kepada penguasaan ilmu bukan hanya kejar orang di hadapan dalam negara tetapi di negara lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan