Azmin Anjur Kenduri Sindir, Jamu Lobster - Berita Semasa | mStar

Azmin Anjur Kenduri Sindir, Jamu Lobster

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Walaupun hanya untuk sekali, pengundi di Permatang Pauh akhirnya berpeluang merasai keenakkan 'lobster' atau udang kara dalam kenduri 'makan besar' anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kelazatan makanan laut itu lebih dirasai apabila ia dibakar sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam majlis BBQ di sini, petang Khamis.

'Lobster' menjadi modal kempen pembangkang di Parlimen Permatang Pauh berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menerusi 'Kenduri Makanan Tanpa GST' yang diadakan di Jabatan Daerah Mengundi (JDM) Jalan Bahru di sini, PKR menyediakan 50 ekor lobster untuk dinikmati oleh pekerja parti dan penduduk setempat.

Menurut Azmin jamuan lobster itu dianjurkan bagi menyampaikan mesej sindiran kepada kerajaan kerana tidak mengenakan GST ke atas makanan laut.

Hadir sama menyertai BBQ tersebut ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Lobster , PKR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan