Kad Prabayar: Jabatan Kastam Buat 'Pusingan U'

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kastam membuat 'pusingan U' dengan menangguhkan arahan untuk mengembalikan harga tambah nilai kad prabayar kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang sepatutnya bermula pada Jumaat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, penangguhan itu selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kajian mengenainya masih dijalankan.

"Sehubungan itu, arahan Ketua Pengarah (Jabatan Kastam) bertarikh 28 April (Rabu) kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei ditangguhkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.

"Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," katanya.

Halim berkata, ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

Pada Rabu, Khazali pada sidang media mengeluarkan arahan bahawa mulai Jumaat ini harga kad prabayar telefon kembali kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April di mana sekiranya kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei. 

Tags / Kata Kunci: GST , prabayar , SKMM , Jabatan Kastam

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan