Panel Bincang Impak Pasca GST - Zeti

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impak pasca Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada minggu depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mesyuarat itu akan turut mengetengahkan implikasi pelaksanaan CBP yang mula dikuatkuasakan 1 April lepas terhadap pertumbuhan negara, perbelanjaan pengguna, aktiviti pelaburan serta inflasi.

"Ia (impak CBP) sememangnya sedang dipantau. Kita juga dalam persekitaran yang mana harga minyak mentah yang rendah dapat mengimbanginya (impak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Biasiswa Kijang Emas pada satu majlis di sini, Khamis.

Zeti diminta mengulas sama ada wujud sebarang petanda awal mengenai peningkatan harga barangan yang lebih pantas daripada jangkaan berikutan pelaksanaan CBP serta kenaikan kos di peringkat global.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman 169 negara yang telah melaksanakan CBP atau cukai nilai tambah itu, kesan atau implikasinya akan hanya ketara pada tahun pertama pelaksanaannya.

Tegas Zeti, ia lazimnya mengambil masa antara satu hingga dua tahun sebelum sesuatu cukai baharu itu dapat disesuaikan dan stabil.

Malah, ketika ada negara yang dapat menguruskannya dengan lebih pantas, negara lain sebaliknya memerlukan masa lebih panjang. 

Tags / Kata Kunci: GST , BNM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan