Wan Azizah Akui Tidak Sempat Jenguk Banjir Di Kajang

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu isu ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini tidak diperbesarkan.

Malah Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, masalah berkenaan sudah ditangani oleh wakilnya di kawasan itu.

"Ehh...mana ada (masalah), semua selesai  dah. Kita dah lama turun buat kerja.

"Tak...tak dak, tak ada masalah. Semua OK. Tak ada isu dah," katanya ketika ditemui mStar Online selepas bersarapan bersama penduduk kampung di Permatang Rawa di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rungutan penduduk di Kajang mengenai ketiadaannya di kawasan yang diwakilinya itu sewaktu banjir kilat baru-baru ini.

Malah pada Rabu, Dr Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh mengakui tidak sempat berada di Kajang ketika insiden banjir kilat melanda.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah juga mengakui mampu menguruskan dua kawasan berbeza iaitu di Selangor dan Pulau Pinang jika menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh , Kajang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan