Program Transformasi Negara Berjalan Lancar, Kata Firma Penyelidikan

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan berkata program transformasi negara berjalan lancar berdasarkan kad laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2014 yang baik, seperti  yang diumumkan pada Selasa.

Kenanga Investment Bank berkata kad laporan itu memberi gambaran bahawa kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas usaha menangani cabaran dunia dan domestik yang berterusan pada 2015.

"Purata pertumbuhan kasar domestik pada separuh pertama program transformasi (2010-2014) mencatatkan 5.8 peratus. Ia hanya perlu mengekalkan pertumbuhan trajektori lebih 5.0 peratus dalam tempoh separuh kedua sehingga 2020.

"Kini kerajaan perlu mengurus imbangan fiskal dan hutang berikutan kebimbangan terhadap impak kejatuhan besar harga minyak dan gas, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan isu-isu berkaitan tanggapan negatif ke atas kerajaan," katanya dalam nota kajiannya, Rabu.

Maybank Investment Research, dalam nota berasingan berkata trend pelaburan dijangkakan rendah mulai 2015 berikutan cabaran besar pada tahun akan datang.

"Kami mendapati aktiviti pelaburan pada awal tahun dilakukan dalam kedudukan yang sangat berhati-hati disebabkan aktiviti pembiayaan sektor korporat yang lemah, selain trend kenyataan pendedahan produk dan tawaran awam permulaan serta pinjaman perniagaan sistem perbankan," katanya.

Namun katanya pelaksanaan GST tepat pada masanya bagi menyediakan sumber hasil cukai secara lebih luas ketika pendapatan kerajaan daripada sumber minyak dan gas berkurangan.

Sementara itu, AffinHwang Capital yakin pelaksanaan projek semasa akan diteruskan bagi menyokong prestasi kukuh sektor swasta.

Namun katanya tahap pertumbuhan dalam pelaburan swasta yang melebihi negara serantau sejak tahun-tahun kebelakangan ini, mencetuskan kebimbangan ke atas kemampanan trend pelaburan dalam tempoh lima tahun akan datang dan Rancangan Malaysia ke-11.

Dalam nota berasingan, ia berkata penurunan harga komoditi dijangka mengurangkan pelaburan daripada industri komoditi dan perlombongan.

"Kami yakin kelulusan untuk projek pelaburan perlombongan daripada syarikat minyak dan gas utama akan perlahan yang menjejaskan aktiviti penerokaan, namun diimbangi menerusi pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: ETP , GTP , Kenanga Investment Bank

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan