Lifestyle Kini Lebih Menarik Di Star2.com - Berita Semasa | mStar

Lifestyle Kini Lebih Menarik Di Star2.com

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mulai hari ini, pembaca bahagian Lifestyle di portal berita, The Star Online boleh melayari laman web baharu Kumpulan Media The Star iaitu Star2.com.

Pelancaran laman web baharu itu diadakan bersempena ulang tahun ke-20 The Star Online yang membuat pembaharuan untuk menjadi portal utama yang menyiarkan berita dan rencana di Malaysia.

Ketua produk digital bagi Kumpulan Media The Star, Serm Teck Choon, berkata, data pembaca The Star Online menunjukkan terdapat permintaan tinggi bagi kandungan di bahagian Lifestyle.

"Penubuhan Star2.com penting bagi Kumpulan Media The Star untuk meningkatkan jumlah pembaca," kata Teck Choon.

Lifestyle adalah antara bahagian yang paling mendapat permintaan tinggi di The Star Online iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus setiap bulan pada 2014 dan dikunjungi lebih 500,000 pembaca setiap bulan.

Laman web tersebut juga akan menampilkan rencana baharu yang menampilkan pelbagai topik yang akan dibahagikan kepada sembilan bahagian iaitu hiburan, gaya, budaya, makanan, kesihatan, keluarga, cara hidup, pelancongan dan masyarakat.

Selain itu, reka bentuk laman web itu juga dipertingkatkan untuk memudahkan pembaca yang menggunakan telefon pintar dan tablet.

"Pembaca bahagian Lifestyle kini boleh membaca rencana dan berita dengan lebih mudah dan sebagai pembaca kita mahu bahan bacaan yang dikemaskini mengikut berita dan rencana terkini," kata Pengarang Rencana online, Lennard Gui.

"Star2.com telah direka supaya kelihatan lebih segar, kemas, dan tidak rumit.

"Ia bertujuan untuk menarik perhatian pembaca antarabangsa untuk melihat perspektif rakyat Malaysia dan negara lain tentang gaya hidup," kata Gui.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan