104 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air Dari Nepal

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 8:09 AM

104 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal selamat tiba di Pengkalan TUDM Subang. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 104 rakyat Malaysia yang terkandas di Kathmandu, Nepal selamat tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini, awal pagi Rabu.

Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, semalam (28 April) dengan menaiki pesawat C-130 milik TUDM.

Hadir menyambut ketibaan mereka adalah anggota keluarga dan sahabat handai yang mula berkumpul di pangkalan TUDM sejak petang Selasa.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan lebih 8,000 orang cedera.

Tags / Kata Kunci: Nepal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan