Kerajaan Pahang Akan Bincang Jadikan 5 Mei Cuti Umum Negeri

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 8:23 AM

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjawab soalan media ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri di Yayasan Pahang, dekat Kuantan, Jumaat. -fotoBERNAMA

Adnan Yaakob.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Kerajaan negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengisytiharkan cuti umum negeri pada Selasa depan bagi menggalakkan pemilih keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, cadangan itu akan dibincangkan dan dibuat keputusan mengenainya pada Mesyuarat Exco Negeri yang dipengerusikannya pada Rabu.

"Esok (Rabu) kita akan adakan mesyuarat Exco bagi memutuskan sama ada memberi cuti atau tidak. Kita memang fikirkan pelepasan cuti am ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rompin di sini, Selasa.

Menyentuh mengenai perjalanan kempen PRK itu, Adnan berkata, kempen yang memasuki hari yang ketujuh berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang dicetuskan oleh kedua-dua parti yang bertanding.

"Ini adalah kerana nilai sosio-budaya masyarakat Rompin ini berbeza. Mereka adalah masyarakat yang cintakan keamanan, bukan kasar. Jadi kempen pun dijalankan dengan cara sederhana.

"Setakat ini, Barisan Nasional (BN) dan parti PAS tertumpu kepada kempen rumah ke rumah," katanya.

Selain itu, jentera BN telah menggunakan tempoh berkempen di PRK itu sebagai platform untuk menjelaskan isu-isu hangat yang dibangkitkan termasuk isu perumahan generasi kedua masyarakat Felda dan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketika diminta mengulas mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN, beliau berkata mereka menunjukkan reaksi positif terhadap kerajaan.

Adnan berkata, pengundi Cina mengharapkan wakil rakyat kawasan itu dan pemimpin BN menghargai mereka, serta sentiasa mendekati dan mendengar masalah yang dihadapi oleh kaum itu.

PRK Rompin pada 5 Mei ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas, dan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.

Terdapat sejumlah 1,352 pengundi Cina atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi dalam Parlimen Rompin.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Adnan Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan