Proses Pengeluaran Geran Tanah Orang Asli Disegerakan

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 12:00 PM

Anak muda Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 berlatih sewang di balai yang dibina untuk kegiatan mereka.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Pejabat Tanah Daerah di sini sedang dalam proses untuk menyegerakan pengeluaran geran tanah khusus untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3 di sini yang berlarutan sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain berkata, proses pemindahan hak milik tanah sebenarnya melibatkan beberapa perkara teknikal dan memakan masa.

“Saya faham mereka bimbang tapi proses lambat kerana melibatkan beberapa perkara teknikal, jadi ada halangan di situ. Namun geran itu dalam proses dan tindakan pejabat tanah daerah untuk disegerakan,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata isu tersebut akan diselesaikan mengikut tarikh penyerahan borang permohonan yang dikemukakan.

“Kita buat kategori permohonan ikut tahun supaya ada penyelarasan di situ. Permohonan yang lama kita dahulukan dan yang baharu terpaksa tunggu,” katanya.

Terdahulu mStar Online melaporkan rungutan masyarakat Orang Asli di Kampung Deraman yang mendakwa kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu geran tanah yang dipohon sehingga hari ini.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Deraman, Rosman A/L Sulong, 40, mendakwa walaupun kerajaan negeri telah berjanji untuk menyelesaikan itu apabila tiba musim pilihan raya, janji tersebut tidak ditunaikan.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan generasi ketiga di kampung itu mula tidak ‘mempercayai’ kerajaan dan bimbang akan berlaku perubahan sokongan dikalangan masyarakat tersebut pada 5 Mei ini.

Bagaimanapun, Mohd Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang meminta masyarakat Orang Asli di kampung tersebut supaya bersabar  sehingga perkara ini diselesaikan.

“Saya tak boleh beri satu tempoh masa tapi apa yang boleh saya katakan, sabar dan tunggu. Saya sudah bawa perkara ini dalam mesyuarat Exco dan melakukan perkara sepatutnya untuk menyegerakan proses tersebut,” katanya.

Beliau berkata, permohonan yang sedang dalam proses itu melibatkan 89 keluarga di kampung tersebut.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan