Dr Mahathir Saran Generasi Muda Cabar Kebolehan Sertai Festival LXG 2015

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 11:07 PM

Dr Mahathir Mohamad menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson pada majlis majlis pelancaran Festival Live Extreme Games 2015 (Festival LXG 2015) di Yayasan Kepimpinan Perdanam pada Rabu. Turut sama ialah Presiden Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia Tan Sri Darshan Singh (kanan). Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu melancarkan Festival Live Extreme Games 2015, program pencarian bakat dalam sukan skateboard, inline skating dan pelumba BMX.

Program yang akan menjelajah keempat lokasi bermula di Alor Setar pada 20 hingga 22 Ogos, diikuti Kuantan (18-20 Sept), Johor Baharu (15-17 Okt) dan Putrajaya (6-8 Nov) itu bertujuan memilih 10 peserta dari setiap lokasi untuk bersaing dalam pusingan akhir Festival Extreme Games Antarabangsa Langkawi.

Festival akhir yang dijangka disertai 800 peserta dari luar negara bagi merebut wang tunai USD100,000 tersebut akan berlangsung di Pantai Lagenda, Langkawi pada 28 hingga 2 Disember depan.

Dalam ucapan pelancarannya, Dr Mahathir yang juga penaung dan penasihat festival itu menyeru generasi muda untuk tampil menyertai pencarian bakat itu kerana penglibatan dalam sukan lasak dapat menguji kebolehan, semangat dan keberanian golongan itu, dalam berdepan cabaran.

Berdasarkan semangat suka mengatasi cabaran yang ada dalam kalangan masyarakat Malaysia, beliau yakin setiap daripada mereka boleh melakukan apa yang dilakukan orang lain, malah ia mungkin akan menjadi lebih baik daripada yang disangka.

"Sebab itu, dari dulu kita galakkan rakyat Malaysia mendaki gunung Everest, belayar mengelilingi dunia secara solo dan berenang merentasi Selat British,"katanya dan menambah itu semua dilakukan kerana yakin dengan kebolehan yang dimiliki mereka.

Untuk pertanyaan hubungi En Lealie Tilak di talian +603 7931 5854 atau 012-2120154.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan