BN Yakin Dapat Sokongan Pengundi Cina

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 6:11 PM

Suhaimi (tengah) bersama Ka Siong beramah mesra dengan pengundi Cina sekitar Parlimen Permatang Pauh, Selasa.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin yakin pengundi Cina dalam Parlimen Permatang Pauh akan membantu memenangkan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.

Menurut beliau, selepas memasuki hari keempat berkempen, masyarakat Cina dilihat memberi reaksi positif terhadapnya untuk membawa perubahan di Permatang Pauh.

"Setelah mendekati pengundi dalam beberapa hari ini, saya lihat kaum Cina mula memberi perhatian kepada calon BN kali ini.

“Jika sebelum ini kita sukar dekati mereka, tapi pada hari ini saya tengok mereka lebih mesra untuk bersemuka. Kali ni agak cerah peluang untuk kaum Cina undi BN,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu berkempen di pasar awam Sama Gagah di sini bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Mengulas lanjut mengenai sokongan kaum itu kepada BN, Suhaimi yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh berkata, sehingga kini beliau menganggarkan sudah menemui kira-kira 20 perastu pengundi Cina di sekitar Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Mengulas mengenai keberkesanan kempen BN, Suhaimi berkata, sehingga kini maklum balas yang diperolehi positif untuk memberi peluang kepada BN memperjuangkan nasib pengundi di Permatang Pauh.

“Selepas melihat maklum balas, saya nampak ada kesedaran untuk kembali mengundi BN.

"Setelah bersemuka dan bertanya khabar, mereka rasakan agak sesuai untuk bagi peluang kepada BN kembali ke Permatang Pauh,” katanya.



Tags / Kata Kunci: BN , Suhaimi Sabudin , Permatang Pauh , Cina

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan