545 Pemilih Undi Awal PRK Rompin Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Seramai 545 orang pemilih terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka akan terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di empat pusat pengundian pada Khamis ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata empat pusat pengundian itu dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari berkenaan.

"Pusat mengundi terbabit ialah Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 TUDM, Bukit Ibam, Bilik Rehat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Bilik Maklumat, Balai Polis Muadzam Shah dan Bilik Maklumat, Balai Polis Tekek, Pulau Tioman," katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Ghani berkata pengundian awal akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

"Selain itu, pemerhati tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang dilantik SPR boleh memerhati proses itu dengan mendapat kebenaran masuk ke pusat pengundian daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia," katanya.

PRK Rompin diadakan selepas penyandangnya Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya itu, calon BN Datuk Hasan Arifin akan dicabar calon PAS Nazri Ahmad.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Abdul Ghani Salleh , SPR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan