Promosi Hudud: PAS Tak Perlu Restu PKR, DAP - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: PAS tidak perlu mendapat restu sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mempromosikan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kepada orang ramai semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai sebuah parti Islam adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk menjelaskan isu tersebut bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

"Bagi menjelaskan isu (hudud) tak perlu restu daripada PKR atau DAP. Isu ini menjadi tanggungjawab PAS dan orang Islam bagi mengelak kekeliruan dikalangan masyarakat," katanya kepada mStar Online.

Pada Ahad lalu, Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dipetik sebagai berkata, parti itu akan memanfaatkan sebaik mungkin kesempatan berkempen dalam PRK Rompin dan Permatang Pauh untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada orang ramai tentang isu tersebut.

Malah, kata Ahmad, setakat ini, hasrat parti itu untuk mempromosi undang-undang Islam ketika berkempen dalam dua PRK tersebut tidak mendapat tentangan PKR dan DAP.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tuan Ibrahim berkata, undang-undang Islam itu turut disentuh sepanjang tempoh berkempen pada PRK Rompin tetapi fokus lebih diberikan kepada isu utama iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Ada disentuh, cuma banyak isu sekarang, GST dan FGV (Felda Global Ventures) fokus utama," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan Datuk Ahmad Maslan yang enggan berdebat mengenai isu GST, Tuan Ibrahim berkata, Ketua Penerangan Umno itu tidak berani kerana kenyataan beliau mengenai sistem cukai itu sering diperlekehkan.

"Beliau bukan takut, cuma tak berani sebab kenyataan beliau sebelum ini tentang GST pun jadi bahan senda gurauan anak-anak kecil," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS akan terus mengetengahkan isu GST dalam kempen PRK ini sebagai membantah pelaksanaan sistem cukai tersebut sehingga kerajaan tunduk kepada desakan rakyat.

Tags / Kata Kunci: PAS , hudud , PRK Rompin , Tuan Ibrahim Tuan Man , PKR

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan