M'sia Ke Arah Merealisasikan Matlamat 2020, Namun Mesti Pelbagaikan Ekonomi - PM

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 9:04 PM

Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun berada pada kedudukan untuk merealisasikan status negara maju menjelang 2020, Malaysia mesti terus mempelbagaikan ekonominya dan memperkasakannya menerusi pembaharuan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kesinambungan dunia yang semakin meningkat, kita perlu membina ekonomi yang lebih kukuh dan berdaya tahan, katanya.

"Inilah faktor yang mendorong kita untuk mengambil langkah merasionaliasikan subsidi, dan pada masa yang sama, mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan pergantungan ke atas hasil minyak.

"Hasilnya ekonomi Malaysia semakin berdaya tahan dan dapat menangani dengan lebih baik impak ekonomi yang berada di luar kawalan kita," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan dalam perutusan pada Laporan Tahunan Program Transfomasi Ekonomi (ETP) 2014 yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Selasa.

Keluaran Negara Kasar Malaysia diunjur berkembang 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini, berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh.

"Defisit kita semakin kecil, rizab kita kukuh selain kita mempunyai institusi kewangan yang diyakini, kadar pengangguran yang rendah, dan pelaburan asing yang mencecah paras tertinggi," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata ETP yang dilaksanakan pada 2010, berjaya memainkan peranan pentingnya menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama (NKEA).

Ini termasuk projek Mass Rapid Transit (MRT) yang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan.

Inisiatif seperti penubuhan guna sama maju di bawah NKEA elekrik dan elektronik, membolehkan perusahaan kecil dan sederhana melaksanakan penyelidikan dan pembangunan ke arah pengeluaran produk bernilai tambah tinggi, kata perdana menteri.

Perkhidmatan perniagaan NKEA pula membantu Malaysia meningkatkan rangkaian nilai dalam sektor khusus seperti aeroangkasa dan pembinaan kapal.

Malaysia juga mencatat kemajuan yang menggalakkan dan rangkuman dan kesamaan pendapatan menerusi Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), yang diterajui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), yang turut memantau Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (BEEP) yang dilancarkan pada 2014.

"Program yang dekat dengan hati saya, BEEP memanfaatkan inisiatif sedia ada seperti RM47.07 bilion perniagaan dan peluang pembiayaan yang diwujudkan sejak penubuhan Teraju, bagi meningkatkan pembangunan Bumiputera," kata Najib.


Tags / Kata Kunci: GTP , 2020 , ekonomi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan