Pesawat C130 Bawa Pulang 95 Rakyat Malaysia Dari Nepal - Najib

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 7:59 PM

Penumpang-penumpang berpusu-pusu lari ke pintu pelepasan untuk menaiki pesawat sebaik sahaja Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu kembali beroperasi pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Nepal untuk misi kemanusiaan pada Selasa, akan kembali membawa 95 rakyat Malaysia yang terkandas di negara berkenaan.  

Najib berkata beliau dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawapesawat berkenaan sudah selamat mendarat di Kathmandu pada 10.15 pagi, Selasa.

"Petang ini, pesawat C-130 akan kembali bersama-sama 95 rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal. Kami akan membawa mereka pulang dengan selamat," kata Najib dalam catatan terbaharu Facebook rasmi beliau Selasa.

Pada Sabtu lepas, gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Nepal pada 2.56 petang (waktu Malaysia), turut menyebabkan gegaran kuat di Utara India.

Gempa susulan turut berlaku di seluruh Nepal. 

Ia adalah tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun, dengan mencatatkan lebih 4,000 kematian pada Selasa dan 6,500 orang cedera.

Tags / Kata Kunci: C130 , Nepal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan