Rosmah, Isteri Pemimpin Asean Saksikan Pertunjukan Fesyen - Berita Semasa | mStar

Rosmah, Isteri Pemimpin Asean Saksikan Pertunjukan Fesyen

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 4:00 PM

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) bersama isteri Perdana Menteri Thailand Naraporn Chan-O-Cha (kanan) dan isteri Timbalan Presiden Indonesia, Mufidah Jusuf Kalla (kiri) menyaksikan pertunjukan fesyen Eleganza Tekstil Malaysia sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-26 di Langkawi, Selasa.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri pertunjukan fesyen istimewa "Eleganza: Tekstil Malaysia" yang menampilkan koleksi batik dan songket terbaik negara di sini, Selasa.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Thailand Naraporn Chan-O-Cha dan isteri Naib Presiden Indonesia, Mufidah Jusuf Kalla.

Sebanyak empat koleksi rekaan batik dan songket pereka fesyen terkemuka Datuk Radzuan Radziwill diperagakan kepada hadirin, yang kelihatan terpesona dengan rekaan mewah itu yang diperagakan di Paris baru-baru ini.

Pereka Terbaik 2014 Anugerah Fesyen Stylo Bon Zainal pula bekerjasama dengan Candela buat julung kalinya untuk menampilkan rekaan batik geometrik dan menggunakan warna terang pada pertunjukan fesyen itu.

Selain itu, koleksi batik Ruzz Gahara oleh pereka Nik Mohd Faiz ditampilkan dengan corak asli Malaysia untuk disesuaikan dengan gaya hidup kontemporari.

Yayasan Tuanku Nur Zahirah, yang di bawah naugan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, juga mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen itu.

Yayasan itu mahu memulihara dan memperluaskan kraftangan dan warisan asli menerusi koleksi songket.

Menteri PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut menghadiri pertunjukan fesyen itu, yang dianjurkan kementerian berkenaan.

Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-Cha dan Naib Presiden  Indonesia Jusuf Kalla berada di sini untuk Sidang Kemuncak Asean Ke-26 dan Sidang Kemuncak Ke-9 Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) semalam dan Selasa.-- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan