Isu 1MDB Tidak Wajar Terus Diperbesarkan, Kata Nazir

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 5:32 PM

NAZIR RAZAK

Nazir Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak wajar terus diperbesarkan kerana ia boleh menjejaskan sentimen pelabur terhadap Malaysia.

Beliau juga mengulangi dan menyokong kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa 1MDB tidak mendatangkan risiko sistemik kepada sistem kewangan Malaysia dan pergerakan ringgit.

"Akan tetapi saya rasa kita perlu dedahkan (apa yang perlu didedahkan) bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran penuh dan meredakan kebimbangan.

"Nasihat saya ialah isu ini tidak terus diperbesar-besarkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan, di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu 1MDB akan membawa impak atau risiko kepada sistem kewangan lebih luas di Malaysia dan prestasi ringgit.

Nazir juga menolak spekulasi bahawa isu 1MDB menyebabkan beliau tidak sependapat dengan abangnya Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri.

Turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Nazir Razak , Bank Negara , CIMB

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan