Pemimpin Akar Umbi Umno Minta Tun M Henti Serang PM

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 7:30 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin akar umbi Umno Bahagian Kelana Jaya menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menghentikan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia boleh memburukan keadaan di peringkat dalaman parti itu.

Ketua Cawangan Umno Sungei Way, Ishak Maarof berkata, sebagai pemimpin yang dihormati, Dr Mahathir tidak sepatutnya mengkritik secara terbuka Perdana Menteri yang mendapat mandat mentadbir negara dan parti ini menerusi sistem demokrasi.

"Sebagai pemimpin akar umbi, kami bimbang serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib akan mengelirukan rakyat. Jika keadaan ini berterusan, ia tidak akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya.

"Pembangkang tentu akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku hari ini, begitu juga pihak yang berhasrat untuk memusnahkan Umno," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ishak berkata, desakan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum berakhirnya penggal kepimpinannya akan menyebabkan keadaan bertambah buruk dan memecahbelahkan rakyat serta ahli Umno.

"Lebih baik kita tunggu masa dan landasan yang sesuai untuk memilih presiden parti dan Perdana Menteri, malahan pemilihan parti juga akan berlangsung tidak lama lagi. Jika kita tukar kepimpinan sekarang, kami bimbang lebih banyak masalah akan timbul," katanya.

Beliau berkata, Najib sepatutnya diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya memimpin dan memperbaiki sebarang kelemahan sepanjang tempoh mentadbir negara.

"Beliau adalah presiden parti dan Perdana Menteri, sama ada suka atau tidak, kami perlu menyokong beliau sehingga tiba masanya untuk memilih pemimpin baharu.

"Ketika ini, kami perlu bantu beliau untuk memimpin kerajaan dan sokongan di semua peringkat adalah penting.

"Bagi kami di peringkat akar umbi, kami menggesa Dr Mahathir supaya berhenti menyerang Najib kerana ia suatu budaya yang tidak sihat dalam parti. Lebih memburukkan lagi keadaan, kami yang akan bertemu ahli dan orang ramai untuk menerangkan hal ini," katanya yang bimbang tidak dapat menangani isu berkenaan jika serangan itu berterusan.

Beliau berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya membandingkan kepimpinan Najib dengan suasana ketika beliau menerajui negara ini kerana zaman berubah.

"Jika kita ikut cara lama, mungkin ia tidak lagi sesuai dan sebagai seorang yang berpengaruh, beliau seharusnya membimbing kepimpinan sekarang untuk mencapai kejayaan yang lebih baik," katanya.

Ishak yang diapit 11 lagi pemimpin cawangan Umno berkata, mereka terpaksa menyuarakan pandangan itu untuk menyelamatkan parti yang diwakili.

"Kami lakukan ini untuk selamatkan parti, bukannya melindungi Najib. Tidak kira siapa yang memimpin negara ini, jika kami anggap pemimpin itu tidak lagi sesuai, kami akan membuat perubahan apabila tiba masanya," katanya.








iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan