GTP: Pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi Terus Membuahkan Hasil - Najib

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 10:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) antara insiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sedang membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu diumumkan beliau dalam ucapannya semasa melancarkan LaporanTahunan 2014 GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini Selasa malam.

Pada tahun lepas katanya, 13 sekolah lagi dikenal pasti sebagai SBT, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 128 buah.

"Diharapkan, SBT akan terus melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan menyerlah dalam semua aspek," katanya.

Inisiatif terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Memastikan Pendidikan Berkualiti.  

Dalam ucapannya Perdana Menteri turut berkongsi cerita mengenai adik Nor Izzati Sabrina dari Ipoh Perak, yang berjaya meningkatkan kemahirannya berkomunikasi dan bersosial selepas memasuki SBT di Sekolah Kebangsaan Marian Convent Ipoh.

Perkembangan itu, katanya membuktikan SBT membuka peluang kepada pelajar berbakat sepertinya yang turut mewakili sekolah dalam pertandingan choral speaking.

"Diharapkan lebih ramai pelajar yang sebegini dapat dilahirkan dan syabas serta selamat maju jaya kepada beliau," katanya.

Menerusi inisiatif sama juga lebih RM100 juta disediakan sebagai bantuan yuran kepada hampir 130,000 pelajar prasekolah di institusi swasta dan daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah.

Yuran sekolah berjumlah hampir RM7.5 juta turut diberikan kepada lebih 3,000 kanak-kanak yang ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak swasta.

Tags / Kata Kunci: GTP Sekolah Berprestasi Tinggi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan