NKRA Pendidikan Berjaya Kerana Penilaian Semula Kelemahan, Perubahan

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bidang Keberhasilan Utama Negara Memastikan Pendidikan Berkualiti (NKRA Pendidikan) berjaya dilaksanakan hasil daripada penilaian jujur Kementerian Pendidikan berhubung kelemahan inisiatif itu sebelum ini dan keberaniannya melakukan perubahan.

Memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dalam Laporan Tahunan 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP), keberhasilan itu dapat dilihat antaranya dalam perkhidmatan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) yang menyaksikan bilangan kanak-kanak mendaftar prasekolah meningkat setiap tahun.

Menjelang akhir tahun lepas, kanak-kanak yang didaftarkan di prasekolah bertambah kepada 84.26 peratus, kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak meningkat kepada 9.71 peratus dan bilangan prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak swasta masing-masing bertambah sebanyak 411 dan 610 buah.

NKRA Pendidikan turut meraih kejayaan besar dalam Pendidikan Khas (SEN) melalui program pemerolehan tempat belajar, dan sebanyak 400 tempat belajar disediakan pada tahun lepas.

Untuk melengkapi program itu, Program Peralihan Pekerjaan dilancarkan untuk meningkatkan kemahiran pelajar pendidikan khas yang akan tamat sekolah menengah.

Seramai 45 pelajar menjalani latihan praktikal dan empat daripada mereka terus diserap bekerja manakala beberapa yang lain diambil bekerja di syarikat lain.

Selain itu seramai 370 pelajar SEN dan 170 pelajar arus perdana  mengambil bahagian dalam Inisiatif Kelab Buddy iaitu program bola sepak antara pelajar SEN dengan pelajar biasa.

Sementara itu, tahun lepas merupakan tahun pertama pelaksanaan inisiatif Piagam Baharu Pemimpin Sekolah yang melantik pengetua berdasarkan merit dan kelayakan, sekali gus mempercepatkan kenaikan pangkat calon yang berkelayakan.

Untuk menyokong inisiatif itu, Kementerian Pendidikan menawarkan lebih banyak tempat dalam kursus Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL).

Kementerian Pendidikan juga mengenal pasti calon pengganti bagi 85.83 peratus guru besar dan pengetua yang bakal bersara enam bulan lebih awal untuk memastikan kekosongan jawatan diisi dengan lancar.

Menurut laporan itu, bagi membantu peralihan pemimpin sekolah baharu, NKRA Pendidikan melancarkan Program Residensi dan Immersion (PRIme) pada 2 Sept 2014 dan hasilnya 163 pemimpin baharu sekolah mengikuti program berkenaan.

Inisiatif tawaran baharu kepada pemimpin sekolah iaitu pakej insentif kewangan dan kerjaya menyaksikan 7.3 peratus guru besar dan 8.1 peratus pengetua menerimanya yang melebihi sasaran lima peratus.

Usaha 2014 turut difokuskan kepada Instrumen Penilaian Bersepadu (UI) terhadap semua guru dan pengetua untuk menentukan kompetensi asas mereka manakala tahun ini, UI adalah dalam tempoh prapelaksanaan sebagai persediaan sebelum pelaksanaan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Di bawah sistem pembangunan profesional berterusan (CPD) untuk membantu guru mencapai matlamat kerjaya, seramai 24,467 guru dari Gred 41 telah mengikuti kursus CPD selain latihan profesional untuk 73 guru berprestasi rendah diadakan tahun lepas.

Program Transformasi Daerah (DTP) untuk menyokong penambahbaikan sekolah melalui dialog dengan Pejabat Pendidikan pula menyaksikan bilangan sekolah dalam Band 1 dan 2 meningkat sebanyak tujuh peratus kepada 3,105 (31.01 peratus) sekolah berbanding 2,891 (28.99 peratus) sekolah pada tahun sebelumnya.

Inisiatif Sekolah berprestasi tinggi (SBT) pula menyaksikan pada tahun lepas 13 sekolah dikenal pasti sebagai SBT menjadikan jumlah keseluruhan 128 buah.

Melalui program Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris (ProELT), seramai 9,000 guru mengambil kursus itu pada 2014 setelah kejayaan 5,010 guru dalam kohort pertama pada 2013.

Syarat pengambilan guru pelatih baharu opsyen Bahasa Inggeris turut diperketat dengan syarat tambahan iaitu hanya calon yang mendapat A atau A+ dalam mata pelajaran bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia, hasilnya hanya 380 calon memenuhi kriteria berkenaan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: GTP , Pendidikan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan