Produk KR1M Bantu Jimat Perbelanjaan Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu menjimatkan perbelanjaan rakyat kerana harganya murah dan berkualiti.

Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2014, pemilik kedai makan Norhayati Mohd Ariffin, 38, berkata harga yang lebih murah di KR1M membolehkannya membeli barangan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Norhayati, pelanggan tetap KR1M Pekan Sungai Besar, Selangor, berkata ini bermakna harga yang berpatutan juga turut ditawarkan bagi pelanggan di kedai makan miliknya.

"Sebagai pemilik kedai makan, saya perlu menggantikan semula inventori saya setiap hari dengan barangan asas seperti gula, susu, tepung dan beras," menurut laporan itu.

Bagi pegawai Indah Water Konsortium Muhammad Raduan Ismail, beliau boleh berjimat kira-kira RM100 sebulan apabila berbelanja di KR1M.

"Saya menghabiskan kira-kira RM200 hingga RM300 sebulan untuk perbelanjaan isi rumah dengan di sini sahaja saya boleh berjimat kira-kira RM100," katanya.

Menurut pengurus KR1M kawasan Selangor dan Perak Norhaizat Mustaffa, permintaan daripada pelanggan tempatan terhadap produk KR1M amat menggalakkan.

"KR1M di sini (Sungai Besar) telah menjadi pusat beli-belah sehenti untuk keluarga dan anak muda tanpa mengira apa jua jumlah pendapatan mereka.

"Daripada maklumat balas yang kami terima, pelanggan kami sebulat suara bersetuju bahawa pengalaman beli-belah mereka adalah positif tanpa sebarang isu mengenai kualiti produk yang ditawarkan," menurut laporan itu.

Pegawai KR1M Hussain Karim Ally berkata produk itu serupa dengan barangan berjenama lain dari segi kualiti, dan keserupaan ini dibuktikan oleh bilangan pelanggan yang memilih jenama Produk 1Malaysia yang lebih murah.

"Kami dapati ramai pengguna dan pemilik kedai membuat pembelian di sini.

Kebanyakan mereka yang bekerja di kantin datang untuk membeli sardin dan roti berjenama 1Malaysia untuk dijual semula," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, KR1M telah berusaha memastikan kualiti barangan tidak terjejas kerana mesej yang ingin disampaikan oleh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup (COL) ialah rakyat tidak perlu mengorbankan kualiti disebabkan harga.

Selain itu, KR1M juga membantu merancakkan perusahaan tempatan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) yang menghasilkan kebanyakan produk yang dijual di kedai itu. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: KR1M , GTP

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan