Penjual Sate Bawa Pulang Hingga RM4,000 Sebulan Selepas Sertai Azam Tani

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 10:44 PM

Orang ramai berkumpul mendapatkan borang pekerjaan pada program penempatan Pekerjaan Azam Kerja tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada usia 46 tahun pekerja kilang Azemi Majid membuat keputusan meletakkan jawatan dan membuka gerai satenya di Shah Alam, Selangor menggunakan duit ganjaran sebanyak RM5,000.     

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2014, beliau pada awalnya hanya mampu memperoleh pendapatan sekadar mencukupi sahaja untuk menyara keluarga antara RM700 hingga RM800 sebulan. 

Pendapatan itu tidaklah banyak berbanding dengan gajinya sebelum ini sebagai pekerja kilang tetapi semuanya itu berubah setelah beliau terpilih sebagai peserta program AZAM Tani oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan kini dia boleh membawa pulang pendapatan sebanyak RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.

Memetik kata Azemi dalam laporan berkenaan, beliau menerima bantuan peralatan berjumlah RM9,000 untuk menaik taraf gerai satenya dan diberi latihan kemahiran perniagaan untuk meningkatkan keupayaannya.

"Saya masih bekerja setiap hari untuk memastikan perniagaan saya berjalan dengan lancar, tetapi saya tidak risau lagi tentang pendapatan saya. Yang lebih penting lagi, saya melakukan sesuatu yang amat saya minati," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih AZAM Tani beliau, Ahmad Miqdad Mohsin dipetik dalam laporan itu berkata, Azemi merupakan salah seorang daripada 18,000 individu miskin yang mendaftar dalam program itu yang telah mencipta banyak kisah kejayaan.

Ahmad Miqdad berkata pencapaian Azemi amat baik kerana beliau mempraktikkan kemahiran yang dipelajarinya semasa latihan.

Program AZAM Tani adalah antara aliran yang ada di bawah pelaksanaan program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kata laporan itu AZAM Tani menyokong pembangunan peserta menerusi bantuan kewangan, latihan keupayaan, penyediaan kemahiran teknikal dan kemudahan lain.   

Menurut laporan itu, program 1AZAM merupakan program yang menyeluruh merentas pelbagai kementerian dan agensi daripada segi pelaksanaan.

Tags / Kata Kunci: GTP Isi rumah rendah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan