Prestasi GTP, ETP Bukti Keyakinan Pelabur

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 11:26 PM

Abdul Wahid Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prestasi Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang menunjukkan pencapaian memberangsangkan adalah satu petanda baik yang membuktikan keyakinan para pelabur terhadap asas negara yang kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kejayaan yang dicapai pada 2014 adalah berdasarkan kepada langkah-langkah proaktif yang dibuat oleh kerajaan selama ini untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara.

"Kerajaan akan terus fokus kepada fundamental negara dan Alhamdulillah kita dapat lihat respons para pelabur, terutama dalam sektor perindustrian yang menunjukkan pencapaian yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2014 GTP dan ETP oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini pada Selasa.

Laporan tersebut menunjukkan nilai pelaburan kekal tinggi dan meningkat kepada RM228 bilion pada tahun lepas, berbanding RM142 bilion pada 2009.

Pelaburan swasta terus mengatasi pelaburan awam pada kadar 64 peratus atau RM146.1 bilion pada 2014, sejajar dengan matlamat ETP untuk menjadikan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi.

Untuk masa hadapan, Wahid berkata peratusan jumlah pelaburan dijangka terus meningkat walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran luar.

"Walaupun pada tahun ini kita mengalami cabaran berikutan penurunan harga minyak, namun kita berjaya membuat beberapa pelarasan yang bersesuaian.

"Insya-Allah, (ekonomi negara) kita akan terus berkembang pada tahun ini,"kata beliau.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan