Pusat Sokongan Keluarga Mangsa MH370 Di Beijing Ditutup

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Pusat sokongan keluarga mangsa MH370  di Shunyi, pinggir Beijing akan ditutup bermula Selasa dan seterusnya, selepas beroperasi selama hampir genap satu tahun.


Pusat yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari kerajaan Malaysia dan China serta Malaysia Airlines, telah ditubuhkan pada 4 Mei tahun lepas untuk keluarga mangsa penerbangan MH370 yang hilang.

Ia adalah tempat di mana waris atau ahli keluarga terdekat menerima maklumat mengenai perkara-perkara berkaitan pesawat hilang pada 8 Mac dengan 239 orang di atas kapal yang sehingga kini menjadi misteri.

Dua pertiga daripada penumpang adalah dari China.

Ahli-ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk menutup pusat sokongan itu minggu lepas.

Notis yang ditandatangani oleh 'platform kerja bersama kerajaan China' berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa.

Ia berkata waris boleh terus mengutarakan permintaan yang munasabah mereka melalui saluran petisyen di bawah Biro Negeri.

Ahli keluarga mangsa Cina, yang terdiri daripada penduduk tempatan di Beijing dan luar Beijing kerap berkunjung ke pusat itu sejak satu tahun yang lalu, bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kehilangan penerbangan itu.

Pada Januari, Malaysia secara rasmi mengisytiharkan kehilangan MH370 sebagai kemalangan dan semua penumpang dan anak kapal dianggap mati.

Pencarian pesawat pesawat masih dilakukan di selatan Lautan Hindi lokasi di mana penerbangan dipercayai telah berakhir.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH370

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan