Orang Asli Rompin Bimbang Kesan Pelaksanaan Hudud PAS

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Rata-rata masyarakat Orang Asli di daerah ini menganggap parti itu hanya mengutamakan hak umat Islam, selain bimbang kesan pelaksanaan hukum hudud terhadap kehidupan mereka.

Tok Batin Kampung Kedaik Asal, Bohsuan Tansee, 77, berkata kebanyakan masyarakat Orang Asli bimbang pelaksanaan hukum hudud PAS yang diperjuangkan parti itu akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

"Kami bimbang jika PAS menang ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam. Kami takut nanti kulit pun hilang," katanya sambil melakukan aksi tangannya dipotong.

Justeru, beliau berkata, mereka tiada pilihan lain selain mengundi Barisan Nasional (BN) yang dirasakan mampu membawa perubahan kepada masyarakat itu.

"Mahu tidak mahu kami terutamanya golongan tua akan mengundi BN dan berharap apa yang dijanjikan pada pilihan raya kecil ini akan ditunaikan," katanya.

Bagaimanapun, Bohsuan mengakui generasi muda masyarakat Orang Asli lebih cenderung mengubah sokongan mereka kepada pembangkang kerana terdedah kepada media sosial.

"Anak Orang Asli kini semakin terpelajar dan mereka terdedah kepada Internet. Pada pilihan raya umum lalu, hampir 30 peratus orang muda mengundi PAS sebagai protes kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, sokongan orang muda mula berubah sejak aktiviti perlombongan bijih timah pada 1979 yang menyebabkan air sungai bertukar kehijauan.

Namun, dakwanya kegiatan itu dihentikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diadakan dua tahun lalu.

Sementara itu, penduduk Orang Asli di Kampung Deraman di sini, Din Awang, 63, berkata sekiranya mereka menyokong PAS, mereka akan 'dipaksa' memeluk Islam.

"Kami takut untuk undi PAS, takut kami akan dipaksa masuk Islam. Kami lebih selesa undi BN kerana parti itu untuk semua kaum," katanya.

Malah, Din yang bekerja di sebuah kilang rotan berhampiran kampungnya turut bimbang dengan nasib generasi kedua mereka sekiranya PAS memerintah di negeri ini.

"Kalau undi BN sekurang-kurangnya kami dapat juga bantuan walaupun tak banyak. Jika PAS menang, mungkin kami tidak akan diendahkan," katanya.

Masyarakat Orang Asli di sekitar Rompin terdiri daripada suku kaum Jakun dengan lebih 7,000 layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin ini.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan Nazri Ahmad mewakili PAS.

Kerusi Parlimen Rompin diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter terhempas di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan