Operasi SAR Rakyat Malaysia Di Nepal Bermula

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 11:47 AM

Rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal akan dibawa pulang menerusi operasi SAR yang bermula pagi, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang digerakkan untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi di Nepal, berlepas ke Kathmandu pada 6.30 pagi, Isnin.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pasukan tersebut terdiri daripada 30 anggota SMART dan 20 doktor berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang menaiki pesawat TUDM C-130.

"Tiga misi utama kami ialah membantu usaha mencari dan menyelamat, merawat mangsa dengan membuka hospital lapangan dan membawa pulang rakyat Malaysia di Nepal," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Beliau berkata, 20 doktor perubatan terdiri daripada anggota MERCY Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, yang turut membawa bersama peralatan dan bekalan perubatan.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, mencatatkan 3,218 kematian dan lebih 6,500 orang cedera.



Tags / Kata Kunci: SMART , TUDM , Majlis Keselamatan Negara , Nepal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan