Promosi Hudud: Mat Sabu Tak Masuk Campur

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengelak untuk mengulas sama ada parti itu akan menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin  untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada orang ramai tentang hukum hudud.

Sebaliknya, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu meminta media untuk bertanyakan mengenai perkara itu sendiri kepada Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

"Itu kena tanya Ahmad Yakob... saya tak mahu komen... kena tanya dia. Dia yang keluarkan kenyataan itu jadi kena tanya dialah," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi bertemu pengundi muda di Desa Teratai di sini, malam Ahad.

Terdahulu, Ahmad Yakob berkata sehingga kini hasrat PAS untuk mempromosi undang-undang Islam itu ketika berkempen dalam PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh tidak mendapat tentangan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Dalam dua pilihan raya kecil ini, di samping menyentuh isu CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan), kami mahu mempromosi hukum syarak itu. InsyaAllah," kata Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata PAS tetap akan menjadikan isu GST, pembaziran kerajaan dan rasuah sebagai modal untuk menyerang Barisan Nasional (BN) pada kedua-dua PRK berkenaan.

"Kita akan bangkitkan isu rambut Rosmah, GST, perkahwinan anak PM, pembaziran dan rasuah di PRK Rompin," katanya.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan Nazri Ahmad mewakili PAS.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter terhempas pada 4 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Mei sebagai hari pengundian manakala 30 April bagi pengundian awal.

Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , Hudud

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan