Pengguna Jimat Hingga 20 Peratus Beli Barang Pasar Tani Mulai 1 Jun

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 5:25 PM

Ismail Sabri.

Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna akan menikmati penjimatan antara lima dan 20 peratus apabila membeli barangan keperluan asas di pasar tani ekoran larangan mengambil bekalan daripada pemborong mulai 1 Jun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tanpa penggunaan orang tengah, petani dapat mengurangkan kos, sekaligus menurunkan harga barangan jualan mereka.

Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) telah diarah untuk menentukan keperluan serta mekanisme pembekalan hasil ladang terus ke pasar tani.

"Bagi menyokong pelaksanaan program ini sebanyak 200 pusat pengumpulan bekalan makanan asas akan disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya pada majlis perasmian Seminar Jualan Terus Hasil Ladang ke Pasar Tani di sini, Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek.

"Saya percaya dan yakin bahawa inisiatif ini akan memberi pulangan dan impak besar kepada petani di samping dapat membebaskan mereka daripada dibelenggu orang tengah," katanya.

Larangan itu melibatkan kesemua 580 pasar tani di seluruh negara, membabitkan sebanyak 25,000 peniaga.

Beliau berkata menjelang hujung tahun ini sebanyak 60 pasar tani lagi akan ditambah di beberapa lokasi sesuai yang telah ditetapkan. 



Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob , pasar tani , Fama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan