Debu Gunung Berapi Berusia 74,000 Tahun Digazet Tapak Terpelihara

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 5:43 PM

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap, Ain Nazirah Idris berpeluang menyentuh debu gunung berapi berusia 74,000 tahun lepas yang berbentuk batu ketika ditemui di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai pada Isnin. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Debu gunung berapi berusia 74,000 tahun yang ditemui di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai dekat sini akan digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, ia berlaku daripada letupan gunung berapi di Toba, Sumatera di Indonesia menyebabkan debu gunung berapi itu diterbangkan hingga ke barat laut.

Beliau berkata, pihaknya menemui debu gunung berapi itu sejak 1980 di Serdang, Selangor; Lenggong, Perak; dan di Padang Nyior dekat sini sebelum kajian dilakukan pada 1990 hingga 1995.

"Kami jumpa satu batu berwarna putih ketika pencarian dilakukan. Kami dapati batu tersebut lebih ringan dan kami jalankan ujian di makmal sebelum mengesahkan ia adalah debu gunung berapi yang sama ditemui di Serdang dan Lenggong.

"Debu gunung berapi ini berada di merata-rata tempat di sekitar Padang Sanai seperti dalam sawah. Kami pilih di Kampung Padang Nyior kerana kawasan yang mempunyai debu itu tidak pernah diusik selain berdekatan jalan raya," katanya pada Majlis Perasmian Tapak Geowarisan Kedah Debu Gunung Berapi di sini, Isnin.

Yunus berkata, selain dijadikan produk geopelancongan di negeri ini pihaknya juga mahu kawasan tersebut dijadikan tempat untuk generasi akan datang mempelajari dan memahami fenomena alam yang berlaku.

"Kami nak beri maklumat kepada masyarakat mengenai kisah daripada letupan gunung berapi di Toba 74,000 tahun lepas sehingga debu tersebut bertaburan di sekitar kawasan Padang Sanai dengan ketebalan 1.5 hingga 3.5 meter," katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Sementara itu Badrol berkata, pihaknya akan menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan surau untuk kemudahan pelancong tempatan dan luar termasuk pelajar sekolah yang melawat tapak debu gunung berapi itu.

Katanya, kemudahan tersebut akan mula dibina selewat-lewatnya bulan hadapan dan pihaknya juga akan mengambil sebahagian kawasan debu gunung berapi itu daripada pemilik tanah.

"Semua kawasan yang ada debu gunung seluas 83.6 meter persegi dan kami akan bincang dengan pemilik tanah untuk kerajaan negeri ambil alih sebahagian daripada kawasan tersebut untuk digazetkan sebagai Tapak Geowarisan Kedah dan dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2016," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan