Senator Sifatkan Alvin Tan 'Sampah' Kerana Hina Islam

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 10:50 PM

Video Alvin Tan mempersendakan Azan, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang senator pada Isnin menyifatkan blogger kontroversi Alvin Tan sebagai 'sampah' di negara ini kerana sering melakukan tindakan provokasi yang didakwanya menghina Islam.

Senator Koh Chin Han berkata, sebagai seorang bukan Muslim, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger itu kerana perbuatan itu dianggap turut memalukan golongan bukan Islam lain.

"Kalau beliau berada di negara kita, memang patutlah dihadap ke mahkamah untuk didakwa dengan Akta Hasutan. Kita tak dapat menampung 'sampah' seperti Alvin Tan ini di negara kita.

"Tetapi apa boleh kita buat, kita serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya ke atas Alvin Tan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 pada persidangan Dewan Negara di sini, Isnin.

Senator Datuk Lim Nget Yoon yang mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan sepatutnya tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan provokasi Alvin Tan.

"Setuju atau tidak dengan pandangan saya, kalau Alvin Tan didakwa di bawah Akta Hasutan, jadi tidak timbul keadaan seperti ini ... dia lari, dia cabar kerajaan, 'catch me if you can' (tangkap saya kalau anda boleh).

"Ini memang satu kejadian yang kita tidak boleh tolak ansur. Saya minta kerajaan buat sessuatu tentang dia," kata Lim.

Terdahulu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan tentang status rakyat negara ini yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, ketika berada di luar negara.

"Saya memohon penjelasan sekiranya dia berada di luar negara, tetapi burukkan, busukkan pimpinan Yang di-Pertuan Agong, bagaimana pula statusnya?," katanya.

Asyraf Wajdi dalam pada itu menolak dakwaan media asing bahawa negara ini melakukan diskrimimasi melalui Akta Hasutan.

"Kalau kita lihat macam Thailand ... dia mempunyai akta yang begitu keras yang dikenakan kepada mereka yang menghina sensitiviti mereka termasuk institusi raja Thailand," katanya.

Beliau berkata, terdapat satu kes seorang warga asing dipenjara selama 10 tahun kerana menconteng poster Raja Thailand.

Perbahasan rang undang-undang itu bersambung pada Selasa.

Terdahulu, Dewan meluluskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015. 

Persidangan dewan bersambung pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Alvin Tan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan