18 Orang Mati Di Jalan Raya Malaysia Setiap Hari - JPJ

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 1:36 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Purata seramai 18 orang mati setiap hari dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara, menurut statistik 2014, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata dalam tempoh yang sama, purata 1,330 kemalangan telah direkodkan setiap hari.

"JPJ sedang menghadapi satu cabaran besar untuk mengurangkan angka-angka ini, terutamanya dengan hampir 1.5 juta kereta baru didaftarkan setiap tahun," kata beliau sambil menambah terdapat 600,000 pemandu baharu yang didaftarkan pada tahun 2014.

Beliau menegaskan di England, sebuah negara dengan penduduk seramai 60 juta orang, hanya 800 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap tahun.

"Tugas untuk mengurangkan kemalangan jalan raya harus dilakukan secara bersepadu dan bukan hanya melibatkan JPJ dan polis," katanya pada sambutan Hari JPJ peringkat kebangsaan  di sini.

Ismail menegaskan, antara inisiatif JPJ untuk membantu mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk menyediakan pendidikan awal dengan mensasarkan sekolah rendah dan menengah, menyusun semula sukatan pelajaran untuk pemandu baharu dan mempunyai ahli skuad muda JPJ di seluruh negara.



Tags / Kata Kunci: JPJ , purata kematian kemalangan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan