Chegu Bard Papar Video Hasan Ali Dakwa Hadi Cadang Kerajaan Perpaduan

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Chegu Bard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shahrin memuat naik video berdurasi 18 minit yang memaparkan Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea berhubung kerajaan perpaduan, tetapi dihalang bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menerusi paparan terkini bertajuk Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata-Kata menerusi blognya, video itu menunjukkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan beliau sendiri di belakang usul berkenaan walaupun ditentang Mursyidul Am PAS itu dan juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang juga bekas pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor disingkir dari parti pada Januari 2012 kerana didakwa berhubung rapat dengan Umno, sebelum menubuhkan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati).

Video itu menunjukkan Hasan mendakwa Hadi bersendirian ketika menyuarakan cadangan itu semasa Presiden Umno ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hadi berhadapan penolakan daripada kira-kira 70 peratus Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang menjadi pengikut Anwarinas.

Hasan berkata, langkah yang dimulakan Hadi dan Nasharuddin itu adalah untuk menyelamatkan Islam dan Melayu daripada kehilangan sokongan dalam landskap politik negara.

Video itu dirakamkan di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013.

Menerusi paparan itu, Badrul Hisham juga mahu Hadi menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan Hasan dan sama ada benar beliau (Hadi) sedia bergabung dengan Umno.

Beliau juga bertanya, apakah ada usaha untuk menolak golongan progresif dalam parti menjelang pemilihan PAS pada Jun ini kerana tindakan mereka menolak cadangan kerajaan perpaduan.

"Jika tidak, Hadi perlu meminta Hasan supaya menarik balik kenyataannya atau menyaman Hasan kerana ia menggugat kedudukannya selaku presiden parti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan