Strategi Serang Peribadi Dr Wan Azizah Bukti BN Tiada Isu Lain - PKR

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Hari pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bermula secara rasmi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) meggunakan strategi menyerang peribadi calonnya.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata, serangan peribadi menyatakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'calon kitar semula’ hanya akan menguntungkan parti gabungan Pakatan Rakyat itu.

“Itu kami kesan pada hari pertama, saya percaya serangan peribadi yang berterusan tidak akan berkekalan.

“Kalau itulah strategi yang diambil BN, kelebihan kepada calon PKR ialah ia memudahkan tugas kami untuk menerangkan siapa beliau,” katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini, Ahad.

Selain itu, Saifuddin berkata, BN juga dilihat tidak mempunyai isu yang boleh diketengahkan dalam kempen PRK Permatang Pauh apabila terpaksa menggunakan latar belakang Dr Wan Azizah yang pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu pada 2008.

“Kita berpendapat pada pusingan pertama ini BN akan memperhebatkan serangan peribadi yang tanpa mereka sedar ia sebenarnya memberikan mesej kepada pengundi yang mereka tidak mempunyai isu lain untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

"Kami alu-alukan mereka berbuat demikan kerana ia akan berikan laluan mudah menerangkan mengenai isu GST dan isu-isu lain. BN tak punya isu lain, hanya peribadi,” katanya.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan sama.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan