PRK Rompin: Nazri Tak Terfikir Rangka Pelan Pembangunan

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 9:00 AM

Nazri Ahmad

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Calon PAS, Nazri Ahmad masih belum merangka pelan pembangunan khusus untuk Rompin jika berjaya memenangi pilihan raya kecil yang bakal berlangsung 5 Mei ini.

Ketua Pemuda PAS itu berkata, tidak terlintas di fikirannya untuk memikirkan perkara itu kerana kini sibuk turun padang sepanjang tempoh kempen ini.

"Ketika ini,fokus utama saya adalah untuk membantu peneroka (Felda) menangani masalah mereka. Kebajikan mereka adalah keutamaan saya terutama kerana masih gagal memiliki geran tahan walaupun sudah beberapa kali mengemukakan permohonan.

"Isu berkaitan tanah dan perumahan tidak ditangani pihak berkuasa dan ia perlu diketengahkan," katanya ketika ditemui di Pusat Operasi PAS dekat sini, Sabtu.

Bagi Nazri, pembangunan di Rompin dan Muadzam Shah tidak dilaksanakan dengan baik dan dengan itu, pelan baharu perlu dirangka untuk manfaat penduduk kawasan itu.

Mengenai kempennya, pemuda berusia 40 tahun itu berkata, setakat ini, beliau sudah menemui kira-kira 50 peratus penduduk dengan memberi tumpuan kepada 17 kawasan penempatan Felda.

"Fasa seterusnya adalah untuk mendapatkan sokongan di kalangan komuniti Orang Asli yang melibatkan lebih 6,000 undi," katanya.

Nazri bakal dicabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Ariffin dalam pertandingan satu lawan satu.

Hasan, 62 sebelum ini berkata, jika berjaya mempertahankan kerusi Parlimen yang sekian lama diisi BN itu, beliau akan meningkatkan sektor pelancongan pertanian berteknologi tinggi untuk manfaat penduduk Rompin.

Sementera itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Rompin adalah daerah yang belum dibangunkan sepenuhnya oleh BN.

Walaupun mempunyai Lebuhraya Tun Razak dan pulau bebas cukai, Pulau Tioman, kedua-dua ikon Rompin itu tidak sehebat namanya.

"Penduduk Rompoh seharusnya bangkit dan berani menyuarakan kehendak dan keperluan yang diingini untuk kebaikan mereka," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.






Tags / Kata Kunci: Nazri Ahmad , Felda , PAS , Rompin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan