MKN Gerak Operasi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Nepal Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Ahad menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal, berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di kawasan Himalaya tengah hari Sabtu.

Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya  memutuskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia dengan menggunakan sebuah pesawat Hercules Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu, yang dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang Ahad.

"Kami telah mendapat arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi ... yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata antara pasukan yang akan menyertai misi itu ialah SMART Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota MERCY Malaysia.

Mengenai jumlah rakyat Malaysia yang terkandas, Mohamed Thajudeen berkata anggarannya masih belum dikenal pasti dan usaha menjejaki sedang dilaksanakan bersama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Nepal.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia Ahmad Faizal Mohamad memberitahu Bernama, pihaknya telah bersiap sedia untuk membantu misi itu dengan kekuatan kira-kira tujuh anggota termasuk lima doktor bagi memberi perkhidmatan perubatan.

"Dalam misi pertama, kami akan menghantar petugas unit respons kecemasan perubatan sebagai pasukan peninjau sebelum menghantar misi kedua dan seterusnya yang akan terdiri daripada lebih 20 orang doktor," katanya.

Beliau berkata selain itu, pelbagai ubat-ubatan dan barangan logistik akan dibekalkan bagi menjayakan misi itu.

Media dan agensi berita antarabangsa melaporkan angka kematian kini sudah melebihi 1,800 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) Sabtu.

Setakat semalam, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi di New Delhi, dilaporkan selamat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan