Menteri Luar Asean Mulakan Mesyuarat

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 1:25 PM

Anifah Aman (tengah) bergambar bersama rakan sejawatannya pada Mesyuarat Menteri Luar Asean sempena Sidang Kemuncak Asean (Kiri-Kanan) Menteri Luar Myanmar U Wunna Maung Ling; Filipina, Albert F. del Rosario; Singapura K. Shanmugam; Thailand Tanasak Patimapragon; Vietnam Pham Binh Minh; Laos Dr. Thongloun Sisoulith; Brunei, Lim Jock Seng; Kemboja Hor Namhong; Indonesia Retno Marsudi dan Setiausaha Agung Asean, Le Luong Minh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Luar Asean memulakan mesyuarat peringkat tinggi pagi Ahad bagi membincangkan isu kepentingan bersama, termasuk pemupukan komuniti, visi Komuniti Asean pasca 2015 dan pelaksanaan zon waktu seragam.

Berlangsung di Pusat Konvensyen KL, mesyuarat tertutup itu bermula pada 10 pagi, dan dipengerusikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menteri juga akan membincangkan isu Laut China Selatan.

Selain Anifah, mesyuarat dihadiri rakan sejawatannya dari Kemboja, Hor Namhong, Retno L.P Marsudi (Indonesia), Dr Thongloun Sisoulith (Laos), U Wunna Maung Lwin (Myanmar), Albert F del Rosario (Filipina), K Shanmugam (Singapura), Datuk Seri Paduka Lim Jock Seng (Brunei), General Tanasak Patimapragorn (Thailand) dan Pham Bing Minh (Vietnam). -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Asean , Anifah Aman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan