Kerajaan Pulau Pinang Diminta Perjelas Penangguhan Sidang DUN

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 5:07 PM

Teng Chang Yeow

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri pimpinan DAP memberi penjelasan berhubung penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadual bermula 30April ini. 

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa persidangan DUN itu akan ditangguh sehingga 11 Mei bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. 

"Persidangan DUN dijadual bermula 30 April ini dan disambung pada 5 hingga 7Mei.

"Bagaimanapun, kami mendapat maklumat ada pembukaan sidang DUN pada 30 April tetapi persidangan ditangguh sehingga 11 Mei. Kami nak melahirkan perasaan 'concern' (prihatin) mengenai cara kerajaan negeri sekarang mengendalikan DUN," katanya pada sidang akhbar di bilik operasi BN,pada Ahad>

Beliau berkata tidak sepatutnya persidangan DUN itu ditangguh atas alasan memberi tumpuan pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh kerana notis makluman mesyuarat telah dikeluarkan kepada semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).  

Teng berkata tidak pernah dalam sejarah persidangan DUN ditangguh atas alasan tidak munasabah kerana sebelum ini persidangan DUN tetap diteruskan walaupun ada PRK Parlimen Bukit Gelugor. 

"...ia satu perkara yang tidak boleh diterima. Persidangan DUN sepatutnya berlangsung mengikut jadual dan ketetapan yang telah dibuat tidak kira apa pun yang berlaku melainkan bangunan DUN terbakar, itu mungkin boleh dipertimbangkan," katanya. 

Beliau berkata tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu juga seolah-olah membelakangkan mandat yang diberi rakyat untuk mentadbir negeri itu kerana ia melibatkan tenaga kerja, Adun dan perbelajaan kerajaan negeri. 

Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang ketika dihubungi menerusi WhatsApp berkata majlis perasmian persidangan DUN oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas ditetapkan pada 30 April dan persidangan akan bersambung semula pada 11 Mei.

"Setelah mempertimbang faktor iaitu perasmian Dewan pada 30 April, ada cuti umum bersambungan sehingga 4 Mei dan pilihan raya kecil jatuh pada hari bekerja (Jumaat, 7 Mei), maka untuk memastikan kelancaran persidangan, Dewan akan bersambung selepas minggu berkenaan iaitu pada 11 Mei.

"Semua ahli-ahli Yang Berhormat telah dimaklum berhubung perkara ini menerusi surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Dewan," katanya.

Tags / Kata Kunci: DUN Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan