Tiga Belas Peserta Program Kayuhan KE7B Di Nepal Selamat

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga belas peserta program Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B), termasuk dua petugas media, dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di kawasan Himalaya tengah hari Sabtu.

Presiden program itu, Muhamad Muqarabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali dengan nama Qobin berkata kesemua peserta program berlepas ke Kathmandu pada 24 April lepas dan dijadual memulakan aktviti kayuhan bermula Ahad  sehingga 4 Mei depan.

"Berdasarkan maklumat terkini, kesemua peserta berada dalam keadaan sihat dan selamat di hotel penginapan di Kathmandu.

"Gempa bumi yang berlaku itu dikhabarkan hanya dalam lingkungan 100km dari Kathmandu. Mereka juga telah menghubungi ahli keluarga mereka di Malaysia memaklumkan perkhabaran mereka," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Angka kematian kini dilaporkan sudah melebihi 1,900 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia).

Muhamad Muqarabbin berkata pihaknya berkemungkinan menangguhkan program itukerana talian perhubungan komunikasi dan penggunaaan Internet terhad selain beberapa laluan jalan raya ditutup untuk lalu lintas akibat bencana alam itu.

"Selain itu, pihak kami turut menerima maklum balas daripada anggota keluarga peserta yang meminta program itu dibatalkan atas faktor keselamatan.

"Pihak kami sedang menunggu perkembangan lanjut daripada penganjur program berkenaan di Nepal. Sebarang keputusan sama ada ekspedisi diteruskan atau dibatalkan akan dimaklumkan pada malam nanti," katanya, dan menambah kata bahawa beliau sendiri tidak dapat mengikuti ekspedisi itu apabila penerbangannya pada Sabtu ditunda berikutan kejadian gempa bumi, menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu ditutup. 

Beliau berkata mengikut perancangan awal, peserta ekspedisi dijadual menaiki bas menuju ke Beshisahar bagi memulakan kayuhan hari ini, namun terpaksa dibatalkan kerana ada beberapa jalan ditutup.

Muhamad Muqarabbin berkata ekspedisi itu merupakan latihan persiapan dan pemilihan peserta untuk melaksanakan ekspedisi rekod dunia kayuhan dan pendakian Tanjung Piai-Everest Tibet pada tahun depan.

Bagaimanapun, usaha untuk menghubungi wartawan BERNAMA TV, Nazahiyah MohdHadzir yang mengikuti program itu gagal termasuk menerusi aplikasi WhatsApp, yang tidak aktif. 

Sementara itu, seorang daripada anggota keluarga rakyat Malaysia, Setiausaha Akhbar di Jabatan Ketua Menteri Sabah Afieza Khan menzahirkan rasa syukur apabila dapat menghubungi anggota keluarganya yang sedang bercuti di Kathmandu menerusi aplikasi WhatsApp sejak kejadian gempa bumi itu.

"Alhamdulillah, anggota keluarga saya selamat. Mereka akan pulang ke tanan air (Kota Kinabalu) Rabuini , InsyaAllah. Terima kasih atas doa dan ingatan anda semua," katanya kepada Bernama.

Afieza berkata bapanya Gulam Khan, 66, dan ibunya Aishah Abdullah, 65,melawat adiknya Serena Khan, dan iparnya Ismael Toorawa yang bekerja dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Nepal.

Menceritakan kejadian yang menimpa keluarganya, Afieza berkata mereka sekeluarga yang sedang bercuti terkandas di sebuah pusat peranginan berhampiran Kathmandu.

"Ketika kejadian semua anggota keluarga termasuk tiga kanak-kanak baru tibadi hotel penginapan dan pihak hotel meminta mereka berada di luar hotel.

"Kini, mereka sekeluarga sudah kembali ke rumah di Kathmandu dan bernasib baik kerana semuanya berkeadaan baik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nepal , Peserta KE7B

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan