Nelayan Kuala Rompin Dapat Insentif 10 Hingga 20 Sen Setiap Kg Hasil Laut

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 8:09 PM

Ismail Sabri Yaakob (tiga kanan) menyampaikan replika kunci "traktor" Skim Pajak kepada Ridzwuan Che Abdullah pada majlis Penyampaian Insentif kepada Pesawah Parlimen Rompin pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Lebih 1,500 nelayan di Rompin kini bakal memperoleh insentif antara 10 hingga 20 sen bagi setiap satu kilogram (kg) hasil tangkapan selepas Jeti Tanjung Gemok di sini diisytiharkan sebagai pusat pendaratan ikan bagi Persatuan Nelayan Kuala Rompin.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa majlis penyerahan elaun sara hidup kepada 825 nelayan di Kompleks Jeti Kuala Rompin pada Ahad.Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menaiktaraf jeti yang dijadikan pusat pendaratan ikan persatuan itu.

"Saya dengan ini mengumumkan Persatuan Nelayan Kuala Rompin menjadi wakil Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk proses pendaratan ikan di Jeti Tanjung Gemok.

"Sebelum ini jeti tersebut tiada kemudahan lengkap untuk proses pendaratan ikan. Namun kerajaan luluskan peruntukan RM500,000 untuk membolehkan para nelayan mendapat pembayaran insentif bagi setiap tangkapan," katanya.

Terdahulu, Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim mengumumkan pembayaran insentif pendaratan ikan kepada nelayan dibuat di 45 jeti milik LKIM di seluruh negara bermula Mac lalu.

Mengulas lanjut mengenai insentif pendaratan ikan, Ismail Sabri berkata, pembayaran sebanyak 10 sen bagi setiap kg hasil tangkapan akan diberikan kepada bot kelas A dan B manakala 20 sen bagi bot kelas C.

"Ini bermakna dengan adanya pusat pendaratan ikan itu dapat mengelak berlakunya penyelewengan. Kadang-kadang timbangan tidak dapat disahkan. Melalui pusat ini juga kita boleh bayar insentif berdasarkan timbangan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut merasmikan Pasar Nelayan di Kompleks Jeti Kuala Rompin yang mendapat peruntukan sebanyak RM750,000 untuk dinaik taraf bagi membolehkan nelayan mendaratkan sendiri hasil tangkapan sekali gus menjualnya tanpa melibatkan orang tengah.

"Kini nelayan boleh turunkan ikan dan jual sendiri di pasar ini, tentunya ia akan beri pelbagai manfaat kepada nelayan.

"Jika dulu mereka tolak RM6 kepada orang tengah dan kemudian dijual dengan harga RM10. Tapi sekarang mereka boleh dapat sedikit keuntungan dengan jual pada harga RM10 yang dibeli pengguna," katanya.

Selain kedua-dua jeti itu, kementerian tersebut turut memberi peruntukan sebanyak RM150,000 bagi membina jeti di Sungai Puteri.

Selain itu, Ismail Sabri turut menegaskan kerajaan bersedia membantu nelayan membina perumahan mampu milik sekiranya kerajaan Pahang mempunyai lokasi khas bagi memberikan keselesaan kepada golongan tersebut.

"Peruntukan kita memang ada tapi kerajaan negeri perlu kenal pasti tanah untuk pembinaan rumah itu. Walaupun kos pembinaannya mencecah RM40,000 unit tapi kita bagi percuma sahaja kepada nelayan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Tanjung Gemok , Ismail Sabri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan